Monday, June 29, 2009

Giliran Kematian

Baru minggu lepas, 22 Jun 2009 (Isnin), saya bersedih atas pemergian tokki yang dikasihi, Haji Abdul Rahman bin Mat Amin, berusia 90 tahun. Semalam, 28 Jun 2009, kami menerima berita yang sama, pemergian seorang mak saudara, Aminah binti Puteh yang berusia 50 tahun. Dan semalam juga, sepupu kepada mak saya juga menerima jemputan daripada Allah, tetapi saya tidak sempat menziarahi keluarganya kerana menguruskan jenazah mak saudara.

Tiga kematian keluarga terdekat dalam tempoh dua minggu. Kita mesti menerima takdir ini sebagai tanda keimanan kepada Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Cuma saya terfikir, bila dan bagaimana pula saya akan menghadapinya?

5 comments:

  1. Innalillah. Very sorry to hear that.
    "Cuma saya terfikir, bila dan bagaimana pula saya akan menghadapinya?"
    Saya juga. Terima kasih atas catatan anda yang sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun...
    Takziah utk ustaz sekeluarga...
    Saya jugak selalu terfikir sebagaimana yg ustaz pk.. mcmana n bila kita pun tak pasti...

    ReplyDelete
  3. Nafastari, sama-sama,selalulah kita pesan-memesan, ingat-mengingati.

    Firjah, syukran,selalu fikir tentang kematian adalah orang paling bijak.

    ReplyDelete
  4. mati satu kepastian..bila dan bagaimana kita pun tak tahu.. jadi sama2lah kita meningkatkan amal,dan mengelak kan diri dari melakukan kemungkaran walaupun kemungkaran sekecil biji zarah ia tetap di ambil kira oleh ALLAH S.W.T begitulah juga kalau kita melakukan amal kebajikan...

    Ummu Humaira'

    ReplyDelete
  5. Ummu Humaira', ya, itu satu ingatan dan gesaan yang sangat baik.

    ReplyDelete