Tuesday, April 21, 2009

Ubat gigi anda mengandungi DCP?


Kebanyakan ubat gigi di pasaran hari ini mengandungi Dicalcium Phosphate yang mungkin daripada binatang yang tidak halal. Ingat, halal bukan pada tanda halal sahaja. Antara altenatif yang boleh dikongsi ialah :

Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih. Antara kelebihan :
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)
4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus
5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi
Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.
Khasiat Daun Mambu.
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.
Khasiat Bunga Cengkih.
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.
Komposisi (200 gram per tiub) :
1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

6 comments:

  1. assalamualaikum
    saudara wirkab..
    jd semua halal jakim dipertikai atau macamane?
    jika rujuk fekah, ayam yg mkn najis khilaf di sisi ulama.adakah tlh mengkaji sesuatu berdasarkan fekah..ataupun kaji hanya utk melariskan jualan

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam
    Terima kasih kepada saudara kerana sudi memberi respon. Isu halal haram makanan sangat rumit untuk dikaji, hanya mereka yang layak mampu melaksanakannya. Tentang masalah tanda halal saudara boleh rujuk buku 'Halal Haram' yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Di dalamnya ada ditulis tentang isu ini. Kajian yang dijalankan tentulah kerana kesedaran dan tanggungjawab demi kepentingan umat Islam. Bagi saya yang menjalankan perniagaan ini juga adalah kerana tanggungjawab bukan semata-mata kerana keuntungan.

    ReplyDelete
  3. SY CDGKAN HPA MESTI SALURKAN DAKWAH DGN LEBIH GIGIH..TERUTAMA MELALUI KEMENTERIAN KESIHATAN.
    BAB SYUBHAH BYK PERINGKAT, MUNGKIN SATU SUDUT IA SYUBHAH YG KETARA,SUDUT LAIN SYUBHAH YG RENDAH.
    ADAKAH PELALIAN KPD BABY DI MALAYSIA HALAL!?MUNGKIN IA DIBUAT DRPD BANGKAI..DARAH BINATANG YG DIAMBIL SEMASA HIDUP TANPA SEMBELIH.
    ADAKAH IA SM DGN SUNTIKAN KPD JEMAAH HJ YG NK KE MEKAH!SM2 FIKIRKAN...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas cadangan saudara 'KEPASTIAN'. Harapan saya juga begitu, tapi itu urusan pentadbiran, kita hanya beri cadangan. Walaubagaimanapun HPA telah banyak melaksanakan kursus-kursus dan penerangan tentang kesedaran halal dan haram ini. Apa yang saya tuliskan di sini sekadar untuk berkongsi ilmu yang terlalu sedikit yang saya perolehi. Saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikannya walaupun sedikit. Yang penting ialah kita melaksanakan tugas kita sebagai pendakwah setakat yang kita mampu. Saudara pun begitu, ilmu yang banyak tu perlu dikongsi bersama. Kalau tidak keberatan, boleh perkenalkan diri saudara, kita boleh berkongsi banyak lagi maklumat.

    ReplyDelete
  5. Suatu hari nanti insyaAllah manusia dipertemukan jua bersama dgn golongan masing2..sy hanya manusia biasa yg minat dgn ilmu &kepastian.
    nampaknya psl kementerian ni, kena main politik sikit,sbb ada kaitan dgn kuasa.
    menteri kesihatan selalunya cina.

    sy prnh dgr ustaz hpa ckp, umat melayu skrg rosak akhlak sbb mkn minum tidak halal toyyiba.
    sy tgk skrg ni kursus semacam itu hanya utk golongan tertentu,hanya satu pihak sj yg tahu dan fhm.
    apa kata beri kursus secara menyeluruh utk tokey2 restoran bsr,tokey hotel
    ,kontraktor2 pembekal.anjurkan kempen boikot brgn syubhat.
    mcm kursus agama jg,yg selalu pergi imam bilal ustaz.mereka semua dh ada asas.
    apa kata jemput golongan yg tidak berpendidikan islam yg mendalam,baru sampai matlamat.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya politik perlu dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang mahukan Islam, bukan 'main sikit' je. Alhamdulillah, saya melihat kita menuju ke arah itu. Saya tidak boleh jawab bagi pihak HPA, tapi pendapat saya sebagai ahli baru, memang kita berhajat sangat untuk menyampaikan penerangan atau kursus secara menyeluruh. Cuma setakat ini kita lebih fokus kepada ahli dan mereka yang berminat.Bukan golongan ustaz saja,ahli hpa pelbagai golongan. Tentang kempen boikot dan sebagainya itu perlu dianjurkankan oleh mereka yang lebih layak seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia, NGO dan parti politik kerana suara mereka mungkin lebih didengari. Bukan bermakna kita mengabaikan tanggungjawab itu, bahkan sekarang inipun kita telah memboikot barangan syubhah dan juga barangan yahudi.
    Satu lagi saya nak nyatakan, alangkah beruntungnya orang yang bersaudara, bertemu dan berpisah kerana Allah. Mereka mendapat janji Allah untuk berada dibawah naunganNya dihari yang tiada naungan melainkan naungan Allah.

    ReplyDelete