Tuesday, April 28, 2009

Hanya 15% Sijil Halal JAKIM Untuk Bumiputra

Hari ini Allah menguji kesabaran saya untuk ke sekolah. Ditakdirkan tayar belakang motosikal saya tidak berangin. Baru semalam tiub tayar itu diganti baru kerana pancit ketika pulang dari sekolah. Hari ini perkara sama berulang. Saya membawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi angin, tetapi tidak berjaya. Bocor yang serius. Saya pulang semula ke rumah dalam keadaan tayarnya begitu. Mana ada bengkel motor buka pagi-pagi begini.
Kereta saya hanya sebuah,biasanya dibawa oleh isteri ke pejabat. Sebelum ke pejabat dia akan menghantar anak ke Taska Hadhari terlebih dahulu. Tidak menjadi masalah bagi saya menunggang motosikal ke sekolah walaupun hari hujan. Saya pun menelefon isteri, meminta supaya pulang semula ke rumah untuk saya gunakan kereta itu ke sekolah setelah menghantarnya terlebih dahulu ke pejabat. Masa pun agak sudah lewat dari kebiasaan.
Dalam perjalanan ke sekolah, saya sempat mendegar radio IKIM.FM bagi menghilangkan kesunyian di dalam kereta. Topik yang diperbincangkan pagi tadi sangat menarik bagi saya. Topiknya "Hanya 15% Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pengusaha-pengusaha makanan adalah bumiputra". Ini bermakna selebihnya adalah bukan bumiputra yang sudah tentu kebanyakan mereka adalah bukan Islam.
Ramai juga yang menelefon untuk memberi pandangan dan pendapat. Ada yang mengatakan bahawa kita bagaikan dagang di negara sendiri. Setiap makanan yang kita ingin beli, belum pasti halal kerana mungkin tiada tanda halal. Sekiranya ada, mungkin telah luput sijil halalnya. Andainya belum luput, mungkin bukan Islam yang mengeluarkannya yang belum tentu terjamin kebersihan dan kesuciannya. Kalaulah dijaga, mungkin hanya ketika pemantauan JAKIM, tetapi berapa kali sahajakah JAKIM membuat pemantauan?Pendek kata kita yang perlu teliti semua sekali. Keluhan seorang pemanggil.
Ada juga yang memberi maklumat produk bukan Islam seperti bihun dan laksa segera. Menurut pemanggil tersebut, setakat ini tidak ada lagi bihun dan laksa yang dikeluarkan oleh orang Islam, yang ada hanya dibungkus oleh orang Islam. Inilah realiti hidup kita dibumi bertuah Malaysia "Negara Islam".
Fakta ini baru sahaja saya perolehi, saya belum tahu tentang peratus yang begitu sedikit bagi orang Islam yang menghasilkan produk makanan. Saya cuba untuk mencari maklumat tambahan bagi mengukuhkan fakta ini tetapi kelapangan masa yang ada pada hari ini sangat terhad. Sepintas lalu saya membelek Utusan Melayu dan Berita Harian yang tersedia di atas meja di ruang bilik guru, tidak saya jumpa. Sebelah petang Selasa biasanya aktiviti Kokurikulum di sekolah, tidak adil bagi saya sebagai guru pembimbing tidak hadir.
InsyaAllah saya akan cuba mengukuhkan fakta ini dari sumber yang sahih.
Mencari yang halal, fardu bagi setiap mukmin.

5 comments:

  1. Perkara ini selalu menghantui saya. Apabila ke pasar raya dan ingin membeli bihun saya akan membaca2 label di bungkusannya terlebih dahulu, dan biasanya berakhir dengan tidak membeli apa-apa jenis bihun pun. Ibu mertua saya memang tidak membeli bihun kecuali hanya satu jenama yang dipercayainya. Kadang-kadang saya rasa lebih baik hanya makan nasi yang ditanak sendiri dengan ikan yang direbus sendiri di rumah daripada makanan-makanan proses yang didapati dari kedai.

    ReplyDelete
  2. kita sebagai muslim sepatutnya lebih meneliti dalam soal makanan ni..krn ia akan menjadi darah daging kita..

    ReplyDelete
  3. nafastari; ya, itu yang lebih baik, tapi sanggupkah kita melakukannya..?bukan bihun sahaja, banyak lagi produk lain perlu diteliti.

    Anonymous; setiap makanan yang kita makan menjadi darah daging, memang sepatutnya kita teliti dan mengambil berat tentangnya. Carilah produk muslim yang kita yakini halal.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya juga sepertimana orang Islam yang lain merasakan agak ragu2 membeli w'pun hanya ingin membeli sebungkus mee atau meehoon sebb pengusaha makanan majoritinya bukan islam. So ape yg wajib di cadangkan hendaklah agar orang islam melibat diri dlam perniagaan pemprosesan makanan bagi memudahkan org Islam membuat pilihan..saya juga banyak menerima email bnyk jenis makanan yg diproses terutamanya didlm tin seperti sos spagethi, sos tomato dll kadg tu ade tertulis ade cmpuran alcohol, minced pork lah . so kita harus meneliti apakah bhan yg dicampurkan.

    ReplyDelete