Sunday, January 31, 2010

Stormreaders Network - MLM 100% Berteraskan Syariah

MISI DAN VISI STORMREADERS

Visi

Membangunkan ummah dengan menjadi peneraju perniagaan bersyariatkan Islam yang unggul di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia.

Misi
-Mewujudkan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ dan ‘networking’yang menepati garis panduan syari’ah dan undang-undang.
-Mewujudkan kesedaran pembudayaan ilmu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat
-Menyediakan peluang perniagaan yang islamik sebagai alternatif yang jauh dari unsur syubahat dan haram.
-Menyediakan ruang dan peluang untuk turut serta dalam mengajak kepada kebaikkan melalui mekanisma ilmu.
-Menyediakan peluang menjana dan memperoleh pendapatan tambahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
-Membantu mengembangkan produk-produk bumiputera yang berpotensi untuk dipasarkan.

TAMBAH ILMU & PENDAPATAN




STRATEGI PERNIAGAAN

-Menonjolkan kelebihan perniagaan rangkaian Stormreaders sebagai perniagaan rangkaian yang berlandaskan syariat Islam.
-Model perniagaannya adalah berteraskan produk yang berkualiti dan berharga patut.
-Memperkasakan sistem-sistem latihan dan kemudahan sokongan kepada setiap ahli, memastikan setiap ahli tidak ketinggalan dan tercicir. Motivasi ahli akan sentiasa dimantapkan agar berada pada tahap tertinggi sekaligus menyumbang kepada keyakinan diri yang tinggi.
-Setiap ahli Stormreaders berada dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian, perjumpaan berkonsep musyawarah lebih kerap dilakukan bagi mewujudkan ukhuwah antara ahli.
-Stormreaders secara dinamiknya akan mencari cara-cara yang inovatif dan kreatif untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang baru. Teknologi terkini seperti teknologi web dan teknologi mudah alih digunakan dengan sebaik mungkin serta pelan pemasaran dirangka supaya dapat menjana pendapatan yang paling optimum.
-Tumpuan utama adalah kepada produk dan seterusnya pengembangan organisasi kumpulan. Oleh itu usaha yang gigih perlu dilakukan untuk menjaga kualiti dan kemantapan produk.
-Memastikan bahawa setiap strategi dan perancangan Stormreaders tidak lari daripada tujuan asal, iaitu mewujudkan peluang perniagaan yang mampu dan mudah disertai, yang mematuhi syariat di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu.
-Memberi galakan untuk ahli agar lebih yakin bahawa pendapatan sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu bukanlah jumlah pendapatan yang mustahil untuk dicapai.
-Menyediakan pelan yang jelas dan kukuh tentang bagaimana ahli boleh menjana sehingga RM 4,500 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Lima Ratus sahaja) seminggu jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.
-Menunjukkan skil kepimpinan dan pemasaran yang perlu untuk berjaya.
-Mengajar ahli bagaimana melatih rakan-rakan kongsi mereka supaya melakukan kejayaan yang sama.

Sekiranya anda berminat, hanya sms nama dan alamat @ emailkan saja ke wirkab@yahoo.com.my @ melalui facebook saya Mustaffa Bakri. saya akan hubungi anda segera. Anda mungkin menjadi ahli terawal di tempat anda.saya sedang mencari ahli dan pengedar di seluruh daerah...

Selamat berjuang...

Thursday, January 21, 2010

Wirkab e-Store StormReaders





(Antara buku dan vcd di Kedai Online Stormreaders)

“Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat” –maksud hadis

Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Bekalan ilmu amat penting bagi menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Jesteru saya mengambil kesempatan untuk bersama Stormreaders supaya turut sama terlibat dalam penyebaran ilmu ini melalui jualan buku-buku agama karangan mereka yang arif dalam bidang masing-masing.
Di sinilah saya memulakannya, sekiranya anda berminat untuk membeli buku-buku ilmiah secara online, sila klik di bawah ini :
http://www.stormreaders.net/wirkab

Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato’ Ismail Kamus, Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah ,Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.
Sebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan ini secara dasarnya berdiri di atas prinsip yang dinyatakan Allah dalam al-Quran : Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan.
Semoga usaha yang sedikit ini akan memberi manfaat untuk kita semua.

Friday, January 15, 2010

Akhlak Islam pikat Paderi Besar

IDRIS Tawfiq memperoleh gelaran kesarjanaan dari Universiti Manchester dalam bidang sastera, manakala gelaran uskup (paderi besar) dari Universiti Saint Thomas Aquinas di Rom, Itali. Ggelaran tersebut melayakkan beliau mengajar fahaman Katholik kepada pengikut ajaran tersebut.
Namun siapa sangka, individu yang merupakan ketua pusat pengajian di beberapa sekolah sekitar selatan London dan sudah bertahun mengajar mengenai agama-agama utama di dunia seperti; Kristian, Yahudi, Buddha, Islam, Sikh dan Hindu, kini beralih mengajar agama Islam sebaik dirinya mengucap dua kalimah syahadah.
Apa yang berlaku ke atas Idris ini bertepatan dengan ayat ke-25 dalam surah Yunus yang bermaksud: Allah menyeru manusia ke Darussalam (Syurga), dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus (Islam).
Ayat di atas menjelaskan bahwa Allah SWT akan memberikan hidayah (jalan kebaikan) kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Tidak kira status, latar belakang, waima agama anutan nenek moyang mereka sebelum ini.
Hakikatnya, ayat tersebut layak disematkan pada Idris Tawfiq, seorang pastor Roman Katolik dan kini sudah menetap di Mesir.
Idris bergelar mualaf setelah mempelajari Islam dan tertarik kepada agama ini sejurus melihat kelembutan serta kesederhanaan sikap umat Islam itu sendiri.
"Dulu saya senang menjadi pastor atau paderi, selain berpeluang membantu masyarakat menerangkan tentang kewujudan kepelbagaian agama dan kepercayaan di dunia ini, terutamanya berkaitan agama Kristian.
"Namun, semuanya berubah apabila saya melihat sendiri kelebihan agama Islam terutamanya menerusi akhlak anak-anak murid saya yang beragama Islam. Yang pastinya, bulan Ramadan menjadi titik tolak kepada tarikan saya terhadap Islam," akui Idris yang tidak pernah menyesal bergelar Muslim meskipun kedudukannya di dalam gereja pada masa itu sudah kukuh.
Hidayah yang diperoleh oleh Idris menyingkap kembali kepada tempoh dakwah Rasulullah SAW, salah satu punca yang membawa kepada pengislaman masyarakat Arab jahiliah pada ketika itu ialah disebabkan kehebatan akhlak Rasulullah.
Kata Idris, apa yang berlaku ke atas dirinya adalah ketentuan Allah. Sungguhpun ramai tidak menyedarinya, namun setiap peristiwa sama ada kecil mahupun besar kesan yang cukup penting dalam keseluruhan kehidupan seseorang itu.
Muhasabah diri
"Ini mungkin disebabkan kita terlalu sibuk dengan rutin harian sehingga tidak berpeluang atau tidak mengambil pusing soal muhasabah diri. Padahal, kita mengakui bahawa keberadaan kita sekarang ini adalah natijah daripada ketentuan dahulu. Bahawasanya juga dengan melihat semula ke belakang akan menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan reda dengan perancangan Allah ke atas umat-Nya.
"Bagi saya, kenangan Ramadan sebagai seorang Muslim menjadikan saya seorang insan yang amat menghargai setiap yang berlaku di dalam hidup ini. Di samping, dua kali Ramadan yang sempat dilalui adalah saat paling bermakna di dalam diari kehidupan saya," cerita Idris.
Terang beliau, semuanya bermula apabila para pelajarnya yang beragama Islam melaksanakan solat di dalam biliknya. Pertama kerana, bilik itu adalah satu-satunya yang berkarpet dan mempunyai tempat mengambil wuduk.
Apa lagi sebagai pensyarah yang sentiasa menjadikan asas toleransi sesama pelajar walaupun pelbagai agama dan bangsa, sekali gus memberi pemahaman agar semua pihak menghormati di antara satu sama lain.
Katanya, kefahaman beliau tentang Islam tambah mendalam sejak mengunjungi Mesir, di mana beliau melihat sendiri cara hidup orang Islam. Sebelum ini, pandangannya mengenai Islam lebih ke arah negatif.
"Bagi saya, Islam sinonim dengan keganasan, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan dan sebagainya.
"Namun, pandangan itu mulai berubah sedikit demi sedikit, ketika di Mesir inilah. Sebenarnya, Islam jauh berbeza sebagaimana yang digambarkan oleh media barat," jelasnya.
Di samping itu, kata Idris, untuk menyediakan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar, terpaksalah beliau banyak membaca, meskipun ketika itu belum bergelar Muslim.
"Pada masa yang sama, para pelajar di situ memohon kebenaran menggunakan bilik saya sebagai ruang bersolat sepanjang bulan Ramadan. Mahu tidak mahu, saya akur dengan permintaan mereka, ditambah mahu memberi contoh yang baik kepada kakitangan dan pelajar di situ," akui Idris yang langsung tidak terlintas dirinya akan memeluk Islam.
Jelas Idris , itulah cara Allah merapatkan diri beliau dengan agama Islam.
Tambahnya, sepanjang Ramadan, beliau melihat solat lima waktu umat Islam serta yang paling menyentuh hatinya, adalah ukhuwah yang ditunjukkan hasil solat berjemaah dan kemeriahan berbuka puasa.
Sehinggalah pada penghujung Ramadan, Idris sudah mampu untuk membaca sesetengah ayat-ayat yang ringkas walaupun tanpa mengetahui maksudnya. Malah bilik yang sama juga telah digunakan untuk mengerjakan solat fardu Zuhur sehinggalah pada tahun-tahun seterusnya.
Cerita Idris lagi, pada Ramadan berikutnya, beliau telah mengikut para pelajar Muslim itu berpuasa walaupun dirinya belum Islam.
Pada awalnya sebagai membuktikan rasa perpaduan di antara mereka. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, beliau akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.
Ayat al-Maidah
Dari saat itu, Idris mula mempelajari al-Quran. Ia membaca ayat-ayat suci daripada terjemahannya. Dan ketika membaca ayat 83 surah al-Maidah, dirinya kaku dan hatinya tersentuh. Secara tiba-tiba, beliau menitiskan air mata.
"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (al-Quran). (al-Maidah: 83).
Idris semakin serius mempelajari Islam. Bahkan, ketika berlakunya peristiwa 11 September 2001, timbul juga kekhuatiran pada peringkat awal tetapi keyakinannya terhadap agama Islam mangatasi apa yang digambarkan media. Ditambah pula dengan pengalaman ketika di Mesir, yang menguatkan kepercayaan Idris kepada agama Islam.
Pertuturan Idris yang lembut sikapnya yang sopan turut membuatkan masyarakat mesra dengan beliau. Gaya berbicaranya juga baik , sangat sederhana dan lemah lembut menyentuh hati. Beliau kini giat berceramah dan menulis buku tentang keindahan Islam.
Idris menyampaikan ceramah di berbagai-bagai tempat dengan satu tujuan - menyebarkan dakwah Islam. Beliau juga banyak memberikan bimbingan dan latihan penulisan serta berpidato untuk siswa maupun orang dewasa.
Kesempatan itu digunakannya untuk mengajar orang lain, termasuk menjelaskan Islam pada dunia Barat yang majoritinya bukan beragama Islam.
Idris juga dikenali sebagai penulis. Tulisannya tersebar di berbagai akhbar, majalah, jurnal, dan laman web di London. Ia juga menjadi penyumbang kepada laman web www.islamonline.net dan www.readingislam.com
Susunan ZUARIDA MOHYIN
Utusan Malaysia 14 Januari 2010