Sunday, November 29, 2009

MULTAQA ILMAM TERENGGANU 2009

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu akan mengadakan
Program Multaqa ILMAM Terengganu 2009 .
Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 26 Disember 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Surau Darul Syifa', Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Pendaftaran : RM 10 sahaja.

Peserta :
i - Ahli ILMAM Terengganu
ii - Graduan dari Universiti-Universiti Mesir
iii - Mahasiswa/Mahasiswa Mesir yang bercuti.

Anda dijemput hadir ke program ini.
"RAPATKAN UKHUWWAH, MANTAPKAN DAKWAH"

*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
Pertanyaan : 019-9085023 ( Ustaz Faisal Mizan - S/u ILMAM Trg )

Sunday, October 4, 2009

Umat Akhir Zaman


"Peringatan selalu diberikan Allah agar hambanya berfikir dan kembali kepadaNya. Apakah kita antara hambanya yang mengambil ikhtibar dari ingatan Allah ini?"
LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
-H.R Termizi
Keterangan : Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Ertinya:Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".
-H.R.Muslim
Keterangan : Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
-H.R Abu Daud.
Keterangan : Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Saturday, September 5, 2009

Tazkirah Ramadhan

i
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan beroleh pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun,"
(riwayat Ahmad, an-Nasai, Termizi, Ibn Majah dan Darimi dan disahihkan oleh al-Albani)
ii
Rasulullah SAW bersabda: "Maka sesiapa yang berpuasa (di siang hari) dan malamnya mendirikan qiam dengan penuh keimanan dan kebersihan hati (ihtisabaan), maka akan dihapuskan dosa mereka seperti mana pada hari mereka diperanakkan."
(riwayat Ahmad dan an-Nasai)

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat dari Allah.
*******
Dan sabda baginda :
"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ: "أَيْنَ الصَّائِمُونَ" فَيَقُومُونَ، لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ"
Maknanya: Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang digelar al Rayyan, hanya orang yang berpuasa sahaja yang akan masuk melaluinya, lalu dikatakan pada mereka: Di manakah orang-orang yang berpuasa?, maka mereka pun bangun, tidak ada orang selain mereka yang akan masuk melaluinya, apabila mereka masuk lalu ditutup pintu tersebut. (Riwayat al Bukhari)
Rasulullah bersabda lagi:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفِّدتِ الشَّياطين ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءُ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ ".
رواه الترمذي والنسائي وابن ماجه والحاكم .
Maknanya: Apabila di malam pertama pada bulan Ramadhan lalu diikat syaitan-syaitan dan jin, dan ditutup pintu-pintu neraka lalu tidak dibuka, dan dibuka pintu-pintu syurga lalu tidak ditutup, kemudian ada suara yang memanggil: Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah!, wahai orang yang inginkan kejahatan pergilah!, sesungguhnya setiap malam bulan Ramadhan ada orang-orang yang akan dibebaskan dari neraka.
(Riwayat Tirmizi Nasaei, Ibn Majah dan al Hakim)

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal...Al-Fatihah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini. Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.
Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.
"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Pahlawan Nasyid
Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.
Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara �emas� itu amat sukar dicari ganti.
"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.
Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.
Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.
"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.
"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.
Ulama nasyid
Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.
Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.
"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.
Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.
Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.
Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.
"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.
Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman 'zikir' bersama Rabbani.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.
"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.
Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.
Juara ABP lapan tahun berturut-turut
Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
-Harakahdaily.net

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban : cuma semalam?

Bulan Syaaban adalah salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yaasin secara beramai-ramai. Amalan inilah yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini.
Sebaik sahaja solat Maghrib berjamaah, mereka akan membaca surah Yaasin beramai-ramai sebanyak tiga kali. Kuliah Maghrib sekiranya dijadualkan pada malam itu akan dibatalkan untuk menggatikan dengan amalan tadi.
Selepas solat Isyak, jamuan pula dihidangkan kepada jemaah yang hadir membanjiri masjid atau surau pada malam itu. Kuih muih ini biasanya dibawa oleh jemaah sedikit seorang kemudian mereka makan bersama-sama.
Berbeza dengan salah sebuah surau yang biasa saya solat di situ, mereka tetap mengadakan kuliah Maghrib di antara selepas solat Maghrib sehingga waktu Isyak. Ramai juga yang datang. Selepas solat Isyak, barulah mereka membaca Surah Yaasin tetapi hanya sekali, kemudian mereka bersurai. Ada juga makanan disediakan tetapi hanya buah-buahan.
Saya tidak mahu membandingkan antara dua amalan ini untuk membuat rumusan mana yang lebih baik. Tetapi yang kita nampak pada malam itu, orang-orang Islam boleh datang ke masjid beramai-ramai untuk solat berjamaah. Mengapa pada malam-malam yang lain atau waktu-waktu solat yang lain mereka tidak muncul. Alangkah bagusnya malam-malam lain juga seperti malam nisfu Syaaban.
-----

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Adalah Nabi SWT bila baginda telah memasuki bulan Rajab baginda berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah untuk kami bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Monday, July 20, 2009

Istiqomah...

Bukan mudah nak istiqomah. Sebut memang mudah tapi nak amalkan sesuatu dengan istiqomah tidak semudah menyebutnya. Pengertiannya juga perlu kepada terjemahan yang agak panjang, baru boleh difahami dengan jelas. Tapi kalu nak faham secara ringkasnya, buat sesuatu amalan secara berterusan. Itu kira orang dah faham tapi masih ada yang kurang kalau definisinya begitu. Menulis di blog bukan payah, boleh saja tulis pasal apa pun yang kita mahu. Tetapi yang menghalang untuk menulis biasanya malas dan masa yang singkat. Kalau boleh setiap hari nak tulis sesuatu yang baru kat sini, tapi tak jadi nak buat. Paling kurang nak masukkan juga apa-apa sahaja maklumat yang bermanfaat setiap minggu. Sekurang-kurangnya kalau ada yang masuk ke sini atau tersilap masuk, ada juga sesuatu yang boleh dijadikan peringatan untuknya. Tapi tak jadi jugak seminggu sekali tu. Maka, tak jadi juga istiqomah.
Lawan kepada istiqomah ialah hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula semangatla nak buat sesuatu, tapi tak sampai setengah jalan, dah tak mahu teruskan lagi. Kita lihat PPSMI ketika dicadangkan dahulu, ramai yang bersemangat untuk lihat ia terlaksana. Lalu terlaksanalah dalam masa yang singkat tanpa kajian yang terperinci. Tapi hari ini, bersemangat pula mereka untuk memansuhkannya. Memansuhkannya lebih terancang dari melaksanakannya.
PPSMI adalah cetusan idea mantan perdana menteri yang dilantik pada tahun saya dilahirkan. Saya membesar dizamannya, dari kecil hingga dewasa seolah-olah beliau tiada pengganti. Ideanya sentiasa bernas, hujahnya bukan mudah untuk dipatahkan, mungkin hanya idea PPSMI ini yang ditolak oleh orang yang teguh di belakangnya suatu ketika dulu, tapi beliau masih mempertahankan ideanya itu. Itulah kehebatan seorang yang mempunyai idealisme.
Perdana menteri kelima tidak lama mentadbir negara, tapi lebih lama dari Khalifah Umar Abdul Aziz. Ideanya mewujudkan program j-QAF di sekolah rendah telah terlaksana sejak 2005 hingga hari ini telah meningkatkan prestasi pelajar-pelajar Islam dalam membaca Al-quran, menunaikan solat dan menguasai tulisan jawi. Program ini terus terlaksana tanpa ada bantahan mana-mana pihak.
Idea yang baik dan bernas sudah pasti akan diterima dengan baik. Kalau sebaliknya tentulah juga sebaliknya. Yang baik itulah kalau dibuat secara berterusan dipanggil istiqomah. Kalau yang tak baik, istiqomah apa bendanya...

Friday, July 10, 2009

Rusuk Babi Teh - Halal?

Saya terbaca penemuan ini dari tranungkite.net :
"Penulis meronda-ronda ikut keluarga ke sebuah hypermarket yang terkenal. Tapi yang menjadi tanda tanya, macamana 'bak-kut-teh' (bak-kut = rusuk babi, teh=teh) jadi halal???
Sila lihat gambar...Chop halal terpampang di bungkusan mee tersebut. Nampaknya, ummat Islam dipersendakan lagi...apa nak jadi?? Selsema, oh selsema...
Antara yang komen :

KITA ADA JAKIM,
KITA ADA 13 MUFTI
DAN KITA ADA 13 MAJLIS UGAMA NEGERI
BANGUNLAH ,BEKERJA LAH ,JANGAN BERI ALASAN KAKI TANGAN TAK CUKUP ..

Saya : Bagaimana pula peranan kita untuk hadapi perkara ini? Bagi saya ini adalah bentuk penghinaan kepada umat Islam. Semua bukan Islam yang pernah saya temui mengetahui bahawa babi adalah haram kepada orang-orang Islam. Baru-baru ini saya ada membeli beg duit yang harganya agak murah. Saya bertanya kepadanya beg duit tu dibuat dari kulit apa, dengan pantas dia menjawab " Ini bukan lembu kaki pendek punya (babi)" Mereka yang telah lama tinggal di negara ini sudah pasti tahu dan amat arif mengenai haramnya babi (dalam apa jua bentuk) kepada orang Islam. Kenapa perkara ini berlaku juga? Ini adalah satu penghinaan yang nyata kepada orang Islam di negara ini.

Tidak lama dulu kepala babi diletak di dalam surau salah sebuah universiti awam. Apa makna semua ini ??? Mereka sekarang sangat berbangga kerana telah menguasai ekonomi. Sebab itu mereka buat apa sahaja untuk menghina orang-orang Islam.

Jadi, apa kita nak buat sekarang?

Monday, June 29, 2009

Giliran Kematian

Baru minggu lepas, 22 Jun 2009 (Isnin), saya bersedih atas pemergian tokki yang dikasihi, Haji Abdul Rahman bin Mat Amin, berusia 90 tahun. Semalam, 28 Jun 2009, kami menerima berita yang sama, pemergian seorang mak saudara, Aminah binti Puteh yang berusia 50 tahun. Dan semalam juga, sepupu kepada mak saya juga menerima jemputan daripada Allah, tetapi saya tidak sempat menziarahi keluarganya kerana menguruskan jenazah mak saudara.

Tiga kematian keluarga terdekat dalam tempoh dua minggu. Kita mesti menerima takdir ini sebagai tanda keimanan kepada Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Cuma saya terfikir, bila dan bagaimana pula saya akan menghadapinya?

Wednesday, June 24, 2009

Minda Cina Pasal Bencana

Beberapa hari lalu, saya sempat untuk ke sebuah bengkel cina bukan Islam untuk menukar minyak hitam motorsikal saya. Biasanya saya ke bengkel lain milik anak muda melayu Islam untuk tujuan itu. Bukan apa, cuma atas saranan seorang kenalan bahawa bengkel ini baik perkhidmatannya dan mempunyai kepakaran, saya cuba ke sana untuk mengetahui pandangannya tentang beberapa perkara yang saya kurang berpuas hati dengan keadaan bunyi motosikal honda wave125 milik saya sekarang ini.
Setelah menukar minyak hitam yang telah melebihi 1000km perjalanan, saya menyuruh cina itu memeriksa rantai motosikal kerana ada bunyi yang kurang sedap didengar. Apabila diperiksa, katanya rantai itu masih boleh digunakan tetapi ada sedikit kerosakan, jika ditukar lagi bagus kerana bimbang untuk perjalanan jauh dan laju. Saya kata sekiranya masih boleh digunakan tidak perlu ditukar tetapi saya bertanyakan harga jika mahu tukar. Cina tersebut terus mengambil rantai yang sesuai untuk tunjuk kepada saya dan diberitahu harganya. Tetapi malang, apabila diukur, rupanya rantai yang sedia ada itu kecil berbanding rantai yang ditunjukkan itu. Terus cina itu berkata perkara ini mesti dibuat aduan kerana membahayakan penunggang motosikal yang biasa dengan perjalanan jauh. Rantai yang sedia ada itu sebenarnya sesuai untuk motosikal c70, tetapi syarikat ini mungkin ingin menjimatkan kos, diletaknya rantai yang kecil itu tanpa menghiraukan keselamatan pengguna.
Cina itu memberi contoh bumbung stadium Gong Badak, besi yang menyokong struktur bumbungnya lebih kecil berbanding yang sepatutnya, sebab itulah ianya tidak kukuh dan runtuh dalam jangka masa yang singkat. Katanya tuhan masih sayangkan rakyat Terengganu, bagaimana kalau bumbung itu runtuh semasa malam majlis perasmian yang dibanjiri oleh ribuan rakyat. Sungguh petah cina itu berbicara. Sambungnya lagi, ini semua pasal manusia tamak haloba dan inginkan kekayaan dalam masa yang singkat, sebab itulah sanggup buat apa sahaja tanpa mengikut peraturan demi mencapai kepuasan nafsu sendiri walaupun nyawa manusia jadi taruhan.
Setiap bencana yang melanda dunia hari ini juga pada pandangannya adalah disebabkan oleh tangan manusia sendiri. Manusialah yang menghilangkan bukit, membuka hutan-hutan, menggali dasar laut dan banyak lagi contoh yang diberi. Semua ini salah manusia sendiri katanya.
Saya sekadar mengiyakan apa yang disebutnya dan bertanya beberapa soalan untuk mengetahui fikrahnya.
Apa yang diucapkan oleh cina bukan Islam ini sebenarnya menggambarkan fitrah pemikiran seorang manusia. Fitrah pemikiran semulajadi manusia yang tidak ada apa-apa kepentingan politik, pangkat atau kemewahan yang berganda. Sebab itu dia mampu berfikir dengan waras. Mungkin hidayah belum sampai kepadanya untuk memeluk Islam. Sekiranya dia mempelajari Islam, sudah pasti dia akan temui apa yang dicakapkan itu adalah bertepatan dengan Islam.

Sunday, June 14, 2009

Perginya Seorang Pejuang Islam.

Al-Ustaz Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia pada pagi 13 Jun 2009 pada usianya 76 tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.

Kitab karangannya yang sangat masyhur "Apa Erti Saya Menganut Islam" (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada..Amin..

Monday, June 8, 2009

Bersyukur tetapi menyokong Yahudi?


“Kalau saya berjaya temuduga nanti, saya akan belanja awak makan di McDonalds” Ungkapan ini masih lagi kedengaran pada hari ini dikalangan umat Islam dalam masyarakat kita.

Bersyukur atas kejayaan dengan membelanjakan wang ringgit memberi makan kepada teman-teman tidak salah bahkan dituntut dan digalakkan. Setelah Allah memberikan kita rezeki yang banyak, kesihatan diri yang baik dan kehidupan yang selesa, maka sudah tentu sebagai hamba yang mengaku beriman kepada Allah akan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan itu.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12 yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya), “Bersyukurlah pada Allah Azzawajalla (akan segala nikmat-Nya pada mu)” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedah itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Nya) kerana Allah Maha kaya lagi Maha terpuji. Luqman Al Hakim apabila dikurniakan kelebihan daripada Allah beliau menzahirkan kesyukuran beliau dengan tunduk dan patuh pada Allah. Ini bermakna bersyukur ialah kita melaksanakan segala yang di suruh oleh Allah dan menjauhi laranganNya.

Satu perkara yang disuruh oleh Allah yang saya ingin utarakan di sini ialah mengasihi saudara kita seaqidah tanpa mengira kaum dan sempadan negara. Kita berada di negara yang aman damai,bagaimana pula saudara kita yang berada di bumi bakarah Palestin? Mereka sedang berhadapan dengan musuh yang sentiasa mengamcam, membunuh dan menghancurkan mereka. Perlu kita ingat bahawa musuh mereka adalah musuh kita juga. Apakah kita sekarang sedar bahawa kita adalah antara yang memberi sumbangan kepada musuh sendiri untuk membunuh saudara kita dengan keuntungan yang diperolehi daripada perbelanjaan kita dengan syarikat-syarikat milik Yahudi dan Amerika? Syarikat-syarikat milik yahudi dan amerika seperti McDonalds, KFC, Burger King, Coca cola, Nestle dan banyak lagi adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan negara haram Israel dan sumbangan yang diberikan adalah berterusan sehingga menerima anugerah yang diberikan oleh kerajaan haram Israel.

Penegasan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :
"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita.
Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan. Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka".

Sebagai menyatakan syukur kepada Allah dan mengasihi saudara seagama kita, marilah kita memboikot sepenuhnya produk-produk yang dihasilkan oleh musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita.

Tuesday, June 2, 2009

Stadium runtuh, hati-hati binaan baru yang lain.

KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini. Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas diraja stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali. Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Saya sangat terkejut dengan kejadian ini, lebih-lebih lagi ia terletak tidak jauh dari tempat tinggal saya. Pelbagai tafsiran bermain difikiran lantaran kejadian ini. Bukan ingin menuding jari kepada sesiapa, tetapi sesiapa sahaja boleh memberi andaian yang pelbagai menyalahkan pihak tertentu.

Dalam pemikiran saya sekarang ini, sekiranya stadium yang nampak begitu gah dan teguh ini boleh runtuh dalam jangka masa yang singkat dari tarikh perasmiannya, tidak mustahil bangunan-bangunan lain yang telah dibina dalam tahun yang sama juga akan menghadapi nasib yang sama. Kita sekadar beringat sebelum kena. Siasatan yang terperinci mesti dibuat segera untuk mengetahui puncanya. Dan juga binaan-binaan lain yang sewaktu dengannya juga perlu diperiksa bagi memastikan tahap keselamatannya terjamin. Sebagai rakyat, semestinya kita sangat mengharapkan sesuatu yang baik dilaksanakan oleh kerajaan, bukannya sekadar gah pada ucapan tetapi lemah dari sudut pelaksanaan. Semoga peristiwa hitam ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Nauzubillah.

Saturday, May 16, 2009

"Selamat Hari Guru" buat guru-guruku

Kejayaanku hari ini tidak akan dicapai tanpa tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru yang mendidikku sejak kecil. Sempena hari guru yang disambut hari ini, inginku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada mereka semua yang pernah mengajarku di ;
1) Taski Petaling, Kuala Terengganu(1987) (Sekarang Pasti Hadhanah Petaling)
2) Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu (1988-1993)
3) Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1994-1996)
4) Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, Padang Midin, Kuala Terengganu (1997-2000) (Sekarang Institut Quran Terengganu )
5) Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubro, Mesir (2001-2004)
6)Maahad Ta'lim Lughah, Universti Umm Al-Qura, Makkah AlMukarramah (2005-2006)
7) Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit (2007-2008) (Sekarang Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail)
Segala jasa dan ilmu yang dicurahkan tak dapatku balas. Hanya doa yang ku utuskan buat kalian agar hidup sentiasa dirahmati Allah, di akhirat nanti beroleh kebahagian.
Juga "Selamat Hari Guru" buat rakan guru yang pernah bersama di :
1) Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang ( April 2006 )
2) Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAAZA), Kuala Terengganu (Mei 2006 - Disember 2006)
3) Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Kuala Terengganu (2007 - sekarang)
Semoga berbahagia sebagai pendidik, mencurah ilmu tanpa jemu, ikhlas dalam apa jua keadaan dan InsyaAllah beroleh kebahagiaan di negeri abadi. Itulah yang kita harapkan.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Saturday, May 9, 2009

Kenapa tidak "Hari Ibu Bapa" ?

Setiap tahun masyarakat kita menyambut Hari Ibu pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Hari Bapa pula pada hari Ahad ketiga bulan Jun. Kenapa mesti hari Ahad? Dari mana pengaruh ini? Mengapa diasingkan sambutan hari ibu dan hari bapa? Pada sambutan hari ibu, di mana bapa? Pada sambutan hari bapa pula, di mana ibu?
Menurut Wikipedia,ensiklopedia bebas, Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di
Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Antara Negara yang menyambut Hari Ibu pada Ahad kedua Mei ialah
Afrika Selatan, Amerika Syarikat, , India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Switzerland, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe, dan tanahairku Malaysia.
Kalau mengikut sejarah ini, sudah tentu hari ibu ciptaan mereka ini tidak wajar disambut. Saya cuma ingin menyatakan pendapat bahawa sewajarnya jika ingin diadakan sambutan, kedua-dua orang tua kita perlu diraikan bersama. Ketaatan kita kepada kedua ibubapa adalah kehendak Allah melalui Firmannya :

وقضى ربك ألا تعبدوا الا اياه وبالولدين احسانا
( 23 سورة الاسراء )
Yang bermaksud : “ Dan beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa…”

واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا وبالولدين احسنا
( 36 سورة النساء )
Yang bermaksud : “ Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hemdaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa”.

وَوَصَّيْنَا الإِْنْسَانَ بِوَالِِدَيْهِ إِحْسَانًا
( 14 سورة لقمان )
Yang bermaksud : “ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya..”
Allah SWT menggunakan perkataan “الولدين" yang bermaksud kedua ibubapa. Ini bermakna kepada kedua ibu bapa perlu kita berbuat baik dan tidak ada perbezaan untuk kita lebihkan ketaatan kita kepada mereka berdua.
Didalam doa harian kepada ibubapa juga kita nyatakan :

رب اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا
Bermaksud : Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta rahmatilah (peliharalah ) keduanya sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecilku.
Sebagai anak yang soleh, sudah tentu doa ini kita amalkan setiap kali selepas solat, kita doakan untuk diampunkan dosa kedua ibubapa kita. Inilah yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kita tidak pernah pisahkan kasih sayang mereka berdua dan sentiasa mengingati mereka .
Ini bukan bererti kita tidak berpegang dengan hadis :

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Yang bermaksud : “Syuga itu di bawah tapak kaki ibu” .

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ. قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ. قَالَ قُلْتُ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ. قَالَ قُلْتُ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ.
(رواه الترميزي)

Yang bermaksud : Daripada Muawiyah katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah yang patut aku berbuat baik ? Rasulullah menjawab : Ibumu,kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : Ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : Ibumu, kemudia aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
Memang benar pengorbanan ibu lebih besar dan dari sudut mendahulukan ibu daripada bapa amatlah wajar sekali kerana pengorbanannya ketika melahirkan kita. Tetapi apakah wajar kita pada hari ini menunggu tempoh sebulan untuk memberi sesuatu kepada bapa setelah kita berikan dahulu kepada ibu?
Pepatah Melayu ada menyatakan “ Ditelan mati ibu diluah mati bapa ” menunjukkan bahawa kasih sayang anak kepada mereka berdua tidak dapat dipisahkan, bahkan kita perlu mununjukkan kasih sayang yang sama rata kepada mereka selagi kedua-duanya masih hidup.
Dalam banyak negara di dunia hari ini, rupanya ada negara yang menyambut “Hari Ibu Bapa” iaitu Korea Selatan dan Albania . Mengapa bukan Negara Islam? Sepatutnya Negara Islam yang menjadi petunjuk bukan pengikut. Atau perkara ini mungkin hanya soal yang remeh-temeh? Sekadar persoalan…Setiap hari adalah hari ibu bapa.

Friday, May 8, 2009

ILMAM Terengganu


Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang baru pulang atau yang telah lama pulang dari menuntut ilmu di bumi Mesir dalam apa jua bidang untuk menyertai ILMAM. ILMAM adalah sebuah NGO yang ditubuhkan bagi mengumpul kesemua mahasiswa yang pernah belajar di Mesir dan bergerak atas landasan ilmu pengetahuan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya. Semoga dengan adanya platform ini dapat menyatukan seberapa ramai ahli yang berada di bumi Malaysia untuk menyumbang bakti untuk kebaikan masyarakat amnya.
Penyertaan saudara-saudari sangat dialu-alukan. Untuk menyertainya, saudara-saudari boleh menghubungi Setiausaha ILMAM Terengganu :
Ustaz Faisal Mizan bin Ambak
Telefon : 019 9085023
Atau boleh juga melalui blog ini...
Semoga penyertaan saudara-saudari akan memantapkan lagi perjalanan ILMAM dan menambah saham kebaikan untuk perjuangan Islam.

Friday, May 1, 2009

Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubais al-Aslami r.a berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W : "Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba ( di hadapan Allah pada hari kiamat ) sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa digunakannya."
( Hadis Riwayat Tirmizi )

Tuesday, April 28, 2009

Hanya 15% Sijil Halal JAKIM Untuk Bumiputra

Hari ini Allah menguji kesabaran saya untuk ke sekolah. Ditakdirkan tayar belakang motosikal saya tidak berangin. Baru semalam tiub tayar itu diganti baru kerana pancit ketika pulang dari sekolah. Hari ini perkara sama berulang. Saya membawa ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi angin, tetapi tidak berjaya. Bocor yang serius. Saya pulang semula ke rumah dalam keadaan tayarnya begitu. Mana ada bengkel motor buka pagi-pagi begini.
Kereta saya hanya sebuah,biasanya dibawa oleh isteri ke pejabat. Sebelum ke pejabat dia akan menghantar anak ke Taska Hadhari terlebih dahulu. Tidak menjadi masalah bagi saya menunggang motosikal ke sekolah walaupun hari hujan. Saya pun menelefon isteri, meminta supaya pulang semula ke rumah untuk saya gunakan kereta itu ke sekolah setelah menghantarnya terlebih dahulu ke pejabat. Masa pun agak sudah lewat dari kebiasaan.
Dalam perjalanan ke sekolah, saya sempat mendegar radio IKIM.FM bagi menghilangkan kesunyian di dalam kereta. Topik yang diperbincangkan pagi tadi sangat menarik bagi saya. Topiknya "Hanya 15% Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM kepada pengusaha-pengusaha makanan adalah bumiputra". Ini bermakna selebihnya adalah bukan bumiputra yang sudah tentu kebanyakan mereka adalah bukan Islam.
Ramai juga yang menelefon untuk memberi pandangan dan pendapat. Ada yang mengatakan bahawa kita bagaikan dagang di negara sendiri. Setiap makanan yang kita ingin beli, belum pasti halal kerana mungkin tiada tanda halal. Sekiranya ada, mungkin telah luput sijil halalnya. Andainya belum luput, mungkin bukan Islam yang mengeluarkannya yang belum tentu terjamin kebersihan dan kesuciannya. Kalaulah dijaga, mungkin hanya ketika pemantauan JAKIM, tetapi berapa kali sahajakah JAKIM membuat pemantauan?Pendek kata kita yang perlu teliti semua sekali. Keluhan seorang pemanggil.
Ada juga yang memberi maklumat produk bukan Islam seperti bihun dan laksa segera. Menurut pemanggil tersebut, setakat ini tidak ada lagi bihun dan laksa yang dikeluarkan oleh orang Islam, yang ada hanya dibungkus oleh orang Islam. Inilah realiti hidup kita dibumi bertuah Malaysia "Negara Islam".
Fakta ini baru sahaja saya perolehi, saya belum tahu tentang peratus yang begitu sedikit bagi orang Islam yang menghasilkan produk makanan. Saya cuba untuk mencari maklumat tambahan bagi mengukuhkan fakta ini tetapi kelapangan masa yang ada pada hari ini sangat terhad. Sepintas lalu saya membelek Utusan Melayu dan Berita Harian yang tersedia di atas meja di ruang bilik guru, tidak saya jumpa. Sebelah petang Selasa biasanya aktiviti Kokurikulum di sekolah, tidak adil bagi saya sebagai guru pembimbing tidak hadir.
InsyaAllah saya akan cuba mengukuhkan fakta ini dari sumber yang sahih.
Mencari yang halal, fardu bagi setiap mukmin.

Saturday, April 25, 2009

Tazkirah

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Tuesday, April 21, 2009

Ubat gigi anda mengandungi DCP?


Kebanyakan ubat gigi di pasaran hari ini mengandungi Dicalcium Phosphate yang mungkin daripada binatang yang tidak halal. Ingat, halal bukan pada tanda halal sahaja. Antara altenatif yang boleh dikongsi ialah :

Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih. Antara kelebihan :
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)
4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus
5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi
Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.
Khasiat Daun Mambu.
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.
Khasiat Bunga Cengkih.
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.
Komposisi (200 gram per tiub) :
1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

Saturday, April 18, 2009

Halal Haram: Adakah kita sensitif mengenainya?


Pernahkah anda membaca buku Halal Haram yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP )? Bukan tujuan saya untuk mempromosikan buku tersebut tetapi bagi saya pendedahan yang dibuat oleh CAP sangat penting untuk kita kaji dan renung sejauh mana makanan yang kita makan hari ini menepati kehendak "HALAL" yang digariskan syariat. Adakah sesuatu barang yang mempunyai logo halal JAKIM, kita terus mengatakan ianya halal? Adakah begitu pendirian kita? Berapa banyak produk yang menggunakan tanda halal JAKIM tetapi sebenarnya tidak mendapat kebenaran JAKIM. Kadang-kadang makanan yang haram bagi umat Islam pun diletak tanda halal.

Sebagai contoh pada 14 Februari 2005 seorang lelaki beragama Islam nyaris termakan daging babi yang dibungkus bersama daging ayam dalam sebuah beg plastik yang berlogo halal JAKIM. Syarikat berkenaan memanggang daging babi dan daging ayam dalam tempat memanggang yang sama. Sejak tahun 1994 lagi CAP telah membuat kajian pada minuman Coca-cola dan mendapati ianya mengandungi alkohol.

Banyak lagi sebenarnya yang didedahkan dalam buku ini. Bukan sahaja makanan tetapi juga barangan lain seperti beg tangan, kosmetik, minyak wangi dan sebagainya.


  • wei, lemak babi didapati dalam susu rumusan bayi

  • plasma darah dalam makanan

  • MSG- serbuk perisa yang meragukan

  • rambut manusia dalam makanan

  • alkohol dalam makanan

  • geletin yang meragukan dilabel halal

  • kosmetik daripada kulit banduan China yang ditembak

  • tulang binatang dalam pinggan mangkuk

  • berus dari bulu babi

  • Ayam KFC - disiat kulit hidup-hidup, paruhnya dicabut, kepala dipulas, air tembakau dititik ke dalam mulut dan mata; tapi"sedap hingga menjilat jari"

Inilah antara isu yang diutarakan dalam buku ini dan diterangkan secara jelas ciri-ciri makanan yang tidak halal ini. Sebagai umat Islam, perkara ini sangat sensitif bagi kita, kesedaran seluruh umat Islam sangat perlu bagi memastikan makanan yang menjadi darah daging kita benar-benar halal. Perintah Allah swt yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi..."( Surah Al-Baqarah, ayat 168) Persoalannya sejauh manakah kita sensitif tentang perkara ini dan bagaimana kita mengelakkan diri kita daripada memakan atau menggunakan benda-benda ini?

Friday, April 10, 2009

Perpisahan, jasa dan kenangan.



Semalam baru sahaja diraikan guru-guru SKBN yang baru bertukar ke sekolah lain. Majlis yang berlangsung di Hotel Sumai, sebuah hotel baru yang berhampiran Primula Park Royal itu dihadiri ketiga-tiga orang guru yang berkenaan.
1) Puan Nor Zaitulakma binti Mad Yunus (Kak Ma) bertukar ke SK Bukit Tunggal.
2) Puan Khadijah binti Abdul Rahman (Kak Jah) bertukar ke SK Bukit Wan.
3) Puan Asmalaini binti Asli (Kak Asma) bertukar ke SK Gong Badak.
Majlis dimulakan dengan doa makan dan jamuan. Selepas jamuan barulah diadakan majlis ucapan dan penyampaian cenderahati.
Saya seperti biasa tugasan rasmi mengacarakan majlis, menjemput seorang demi seorang guru yang bertukar ini menyampaikan amanat terakhir. Ucapan mereka juga sama seperti orang yang akan berjauhan, saling memohon maaf, halal menghalal dan memohon agar hubungan baik antara guru-guru terus terbina utuh. Ada yang gembira dan ada yang sedih dengan perpisahan itu sehingga tidak dapat mengeluarkan kata-kata seketika. Mungkin kerana kenangan dan hubungan yang terlalu akrab sekian lama terbina dan kini tidak lagi bersama. Sepuluh tahun bersama berganding bahu memikul tanggungjawab mendidik anak-anak yang dahagakan ilmu, sudah tentu ada peristiwa manis dan pahit yang dikecapi bersama. Tidak hairanlah jika perpisahan ini dilinangi air mata.
Saya sendiri yang mula bertugas di sekolah ini bermula 2007 juga menyimpan kenangan bersama mereka. Tahun lepas, kumpulan SKBN muncul johan dalam pertandingan "Kalam Jamaie" antara sekolah-sekolah yang mengikuti program j-QAF, peringkat Kuala Terengganu Utara. Dengan itu, sekolah ini berjaya mewakili Kuala Terengganu Utara ke peringkat negeri yang diadakan di Dungun. Kejayaan ini sebenarnya adalah hasil bantuan yang bukan sedikit daripada Kak Ma selaku guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman. Anaknya Wani juga salah seorang ahli kumpulan tersebut. Saya hanya sekadar menulis skrip dan 'tolong tengok' apa yang patut.
Kak Asma pula adalah mentor saya dalam PBSM. Saya diberi amanah menjadi antara guru penasihat PBSM dan Kak Asma adalah pengerusinya. Tetapi setelah Kak Asma bertukar, saya pula terpaksa memikul tanggungjawab tersebut. Agak sukar bagi saya melaksanakannya kerana kurang pengalaman dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, tugas dan amanah ini akan tetap dilaksanakan.
Seorang lagi Kak Jah yang berasal dari Johor, hingga sekarang masih mengekalkan identiti Johornya. Saya sempat mengajar dua orang anaknya Hanafi dan Husna. Hanafi ketika tahun satu dan dua,2007 dan 2008 kemudian bertukar ke SK Maras, manakala Husna baru memasuki tahun satu pada tahun ini, sekarang telah bertukar mengikut ibunya. Kak Jah sangat peramah dan lemah lembut, mudah untuk mendapat pandangan dan nasihat.
Begitulah lumrah alam, pertemuan dan perpisahan sering terjadi. Perpisahan tetap akan berlaku dan akan terus berlaku. Yang tinggal hanyalah kenangan manis dan pahit ketika bersama yang sentiasa diingat, juga jasa yang ditinggalkan akan menjadi sebutan. Moga perpisahan ini tidak menjadi penyebab putusnya pertalian sesama insan, bahkan lebih utuh dan terus disambung berpanjangan.

Saturday, April 4, 2009

Kita juga bakal ke sana...

Baru sebentar tadi saya menerima sms dari seorang rakan di Dungun "Askum. Al Fatihah buat sahabat kita Ahmad Zuhaili bin Mohamad Safie yang kembali Rahmatullah jam 12 tengahhari tadi-accident di Paka". Innalillahiwainna ilaihi roojiuun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Walaupun saya hanya mengenali arwah secara jauh kerana berlainan unit dan saya tidak tinggal di asrama (kami belajar di tempat yang sama dan kursus yang sama) ketika mengambil KPLI di IPKT, tetapi bila mendengar seorang sahabat meninggal dunia, alangkah terkejutnya saya. Rakan yang umur sebaya dengan saya telah pergi buat selama-lamanya menemui Yang Maha Pencipta.
Ajal maut datang dengan tiba-tiba tanpa mengira siapa kita dan berapa umur kita. Tanpa mengira banyak manakah bekalan amal yang kita telah ada untuk ke sana dan tanpa memohon permit terlebih dahulu dari kita. Kita yang perlu sentiasa lebih bersedia, tapi bersediakah kita ke sana?
Akhir tahun lepas, seorang rakan saya juga telah kembali ke Rahmatullah kerana paru-paru dijangkiti kuman, umurnya lebih muda dari saya. Tanpa di duga dalam keadaan dilihat masih lagi sihat, walaupun doktor telah menyatakan ada sedikit jangkitan kuman pada paru-parunya, beliau pergi jua bila sampai masanya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
Begitulah hidup ini, tiada yang kekal. Semuanya bakal menemui ajal, cuma menunggu giliran untuk ke sana. Yang pastinya ajal itu makin hampir kerana umur kita semakin bertambah. Bersedialah kita ke sana!!!
Semoga Allah merahmati sahabat-sahabatku yang telah menemuiNya. Dan kita yang bakal ke sana mencari bekalan terbaik sebagai benteng dari azabNya. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita. Amiiin..

Friday, April 3, 2009

Perdana Menteri keenam


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada pukul 10.12 pagi tadi menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad badawi yang melepaskan jawatan selepas lebih 5 tahun mentadbir negara. Bekas Perdana Menteri dan isteri kini bergelar Tun. Ingatlah, Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhari dan Muslim :
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
Bermaksud :"Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.."

Sunday, March 22, 2009

IJAM KAHWIN











Semalam 21hb Mac 2009 bersamaan 24 RabiulAwal 1430 Hijrah telah berlangsungnya majlis menyambut menantu sepupu kami di kediaman keluarganya di Temerloh Pahang, Kami sekeluarga telah berkampung di sana sejak hari Jumaat lagi..Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan boleh dikategorikan agak grand jugaklah kalau di bawah title "sambut menantu" .
Mabruk Alaik.. buat pasangan pengantin baru ini,semoga kalian berdua dikurniakan dengan zuriat yang ramai..Kami sekeluarga memohon maaf kerana terpaksa pulang awal memandangkan pada keesokan harinya kami yang tinggal di Bandaraya Warisan dan Pesisir Air ini terpaksa kembali bertugas..
Disini ada sediki gambar utk tatapan semua..
Semoga kita dapat berjumpa lagi..berkumpul bersama...

Sunday, March 15, 2009

Selamat Pengantin Baru

Kami mengucapkan "Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada Mohd Fairuzzaman bin Osman dan isteri kerana selamat diijabkabulkan di Temerloh, Pahang. Majlis jamuan di rumah pengantin perempuan telah diadakan hari ini manakala di pihak pengantin lelaki akan mengadakan majlis sambut menantu pada hari Sabtu, 21 Mac 2009 di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, Pahang.
Kami doakan semoga Allah satukan hati dua mempelai ini seperti disatukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha juga seperti Muhammad saw dan Khadijah. Dan semoga jodoh mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin.

Wednesday, March 11, 2009

Boikot Produk Yahudi!


Bertukarlah kepada produk muslim seperti Produk HPA

Mengapa Yahudi bijak?

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)
Baca artikel di bawah…
Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.
Baca… Renung… Fikir…
Bertindak!Based on true story...
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliaumelahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Dipetik dari: hpakpt.blogspot.com

Monday, March 9, 2009

Muslim Teen T-shirt

t001 t002
t003




t004


t005


Available in size 30-36 = RM 36.00

size 38 = RM 42.00


Sunday, March 8, 2009

Jualan











Kepada sesiapa yang ingin membeli produk HPA, perkhidmatan penghantaran percuma disediakan. Boleh hubungi saya : 019-9769682

Dapatkan barangan HPA di sini. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini.

Friday, March 6, 2009

Salam

Assalamualaikum. Salam perkenalan untuk yang sudi berkunjung ke blog ini. Hanya sekadar menyapa sahabat-sahabat yang pernah berkenalan. Moga yang jauh dekat kembali.